Kalau Sabah merdeka lebih banyak PTI kah?
Guru anak ku, di tingkatan 2, telah diberi tahu oleh cikgu nya bahawa kalau Sabah merdeka, lebih ramai PTI, pendatang tanpa izin. Yang pasti adalah, sekarang sewaktu Sabah dalam Malaysia, sudah pun banyak PTI, jadi macam mana boleh lebih ramai kalau Sabah merdeka?
Kalau dalam Malaysia pasti kurangkah PTI atau bertambah lagi kah? Sudah berapa tahun aduan dibuat tentang PTI, masih juga masaalah ini tidak berkurangan, malah bertambah tambah lagi. Kalau Sabah merdeka, apa macam pula boleh lebih ramai? Paling teruk pun, sama sama ramailah.
Kalau ditengok negara jiran yang merdeka macam Singapure dan Brunei, mereka tidak mempunya masaalah PTI yang ketara macam diSabah. Di Sarawak pun tidak begitu bermasaalah sebab di Sarawak mereka mengawal Jabatan Imigresen mereka dengan ketat. Bukan diSabah, sesiapa pun boleh masuk. Pemeriksaan nampak macam dibuat di Kota Kinabalu, tetapi, langsung tidak ada di Labuan.
Ini adalah kenyataan, bukan khayalan seperti konon nya PTI di Sabah akan menjadi lebih ramai kalau Sabah merdeka. Dulu pun Sabah dibawah jajahan British tidak ada masaalah PTI. Masaalah PTI cuma timbul dengan teruk semasa Malaysia. Orang orang bugis yang batu datang ke Sabah, diberi IC kad merah, bukannya diberi kad biru sama taraf dengan orang tempatan. Orang yang tidak ada pas tidak dibenarkan masuk. Waktu itu, orang Sabah yang memegang semua jawatan kerajaan kecuali jawatan jawatan paling tinggi. Jadi bagaiman pula kalau orang Sabah yang memerintah seperti zaman British pula, lebih ramai PTI?
Waktu Malaysia, hampir kesemua jawatan jawatan dipegang oleh orang Malaya dari ketua sampai ke office boy, walaupun jelas didalam perjanjian Malaysia bahawa semua jawatan mesti diambil oleh orang Sabah. Namun janji tinggal janji. Orang Sabah pula, tidak mahu bising. Asalkan mereka masih boleh cari makan, walaupun jadi buruh kasar tidak apa lah. Yang penting dapat makan dan tidak kacau, itu pun sudah cukup berterima kasih. Yang malang pula, terpaksa kerja diSingapure atau Malaysa, dan ada yang jadi pengemis mencari makanan di tong tong sampah. Ramai yang jadi pelacur dan penagih dadah. Apa tidak, kalau tahap kemiskinan Sabah adalah jauh betul yang paling tinggi di Malaysia, bayangkan diKelantan 5%, di Sabah 20%, ini pada tahun 2009. Pada tahun 2006, 23%. Konon janji pada tahun 1994, kemiskinan dihapuskan dalam masa 100 hari. Anwar sendiri yang janji tetapi lepas itu, dia dibuang kerja pula. Sekarang Anwar pula yang disalahkan.
Puncanya senang saja. Kalau orang Malaya yang bertugas, buat apa dia kerja bersungguh sungguh. Kalau PTI masuk, apa kena mengena dengan dia. Dia akan balik ke kampung mereka diseberang lautan. Mereka boleh buat sesuka hati mereka di Sabah, dan kalau ada masaalah, boleh balik kampung lah. Tidak ada orang kampung yang kenal kepada mereka. Orang Sabah, lainlah. Kalau buat tidak senonoh, seluruh keluarga dan rakan akan tahu.
Orang Malaya ini pula berfikiran bahawa kalau PTI masuk ke Sabah kampung mereka masih selamat sebab jauh dari Sabah. Lagipun, mereka bukan dapat camkan diantara orang Sabah dengan PTI. Kepada mereka, sama saja. Bahasa sama, muka sama, adat pun lebih kurang sama. Tapi orang Sabah tahu. Macam lah orang Melayu Patani dengan Kelantan. Sebab itulah setelah PTI ini masuk, mereka akan lari ke Malaya. Disana mereka dianggap oleh orang Malaysia sebagai orang Sabah. Sekarang masaalah PTI sudah sampai ke Malaya. Semua rakyat Malaysia akan menanggung masaalah PTI ini.
Ini semua gara gara perjanjian Malaysia tidak dipatuhi. Jangan salahkah rasuah. Salahkan nilai penipu dan pembohong. Memang tidak selamat didunia dan akhirat akhirnya.
No comments:
Post a Comment