Large Number of Projects Will Reduce Unit Cost
Salah satu lagi alasan tidak melabur di Sabah ialah konon tidak ekonomik. Masalah nya pelaburan terlalu sedikit sehingga tidak ekonomik. Kalau pelaburan besar, boleh menjadi ekonomik juga.
Contohnya, projek HDD. Aku yang mulakan HDD di Sabah dari cadangan Ir. Salleh Sallam juga, bekas bos ku, tapi pada waktu itu sudah jadi kontraktor TM. Dia boleh jadi saksi.
Sebelum HDD, semua projek Telekomunikasi menyeberangi parit atau sungai menggunakan jambatan kecil untuk kebel, di panggil tressor. Sangat murah, kurang rm20,000 sebuah. HDD pula selalu di beri sebut harga rm100,000. Cepat dan tidak merosakkan pandangan sebab di bawah tanah. HDD ini Horizontal Directional Drilling.
Aku runding dengan syarikat Salleh untuk kurangkan harga, tapi buat di banyak tempat. Macam rm10,000 untuk satu duct/saluran. Itu saja yang di perlukan dulu. Kalau mau lebih boleh buat lagi lah. Saya di pantai timur Sabah. Di pantai barat, lain orang tapi lagi banyak projek. Aku rasa 2 di Sandakan, tapi kontraktor itu dapat juga di Kota Kinabalu dengan harga serupa.
Kalau lebih rm20,000 perlu buat sebut harga. Di bawah rm20,000 tidak perlu pada masa itu lah. Sekarang lain. Selepas itu, tiada lagi projek jambatan/tressor baru di Sabah. Semua pakai HDD. Sampai kerajaan tempatan dan JKR pun minta pakai HDD sebab tidak mengganggu projek mereka.
Sebenarnya alat HDD sudah berada di Sabah 2-3 sebelumnya tapi tiada seorang pun mau guna sebab terlalu mahal. Mahir Deras lah, si Toni. Tapi selepas Salleh dan rakan kongsinya beri harga murah, terpaksa dia beri harga semurah itu, tapi dengan syarat banyak projek lah, baru kos peralatan nya boleh bayar balik.
Walaupun HDD ini sebenarnya lebih mahal, tapi cepat dan kemas. Mati sudah tressor.
Begitu juga dengan projek kejuruteraan lain, seperti jalanraya dan terowong. Kalau satu satu buat, memang lah mahal. Tapi, kalau buat banyak banyak sekali, boleh jimat kos dengan banyak. Daripada rm100,000 satu HDD menjadi Rm10,000. 10 kali ganda kurang.
No comments:
Post a Comment