Saturday, August 31, 2024

Large Number of Projects Will Reduce Unit Cost

 Salah satu lagi alasan tidak melabur di Sabah ialah konon tidak ekonomik. Masalah nya pelaburan terlalu sedikit sehingga tidak ekonomik. Kalau pelaburan besar, boleh menjadi ekonomik juga.


Contohnya, projek HDD. Aku yang mulakan HDD di Sabah dari cadangan Ir. Salleh Sallam juga, bekas bos ku, tapi pada waktu itu sudah jadi kontraktor TM. Dia boleh jadi saksi.


Sebelum HDD, semua projek Telekomunikasi menyeberangi parit atau sungai menggunakan jambatan kecil untuk kebel, di panggil tressor. Sangat murah, kurang rm20,000 sebuah. HDD pula selalu di beri sebut harga rm100,000. Cepat dan tidak merosakkan pandangan sebab di bawah tanah. HDD ini Horizontal Directional Drilling.


Aku runding dengan syarikat Salleh untuk kurangkan harga, tapi buat di banyak tempat. Macam rm10,000 untuk satu duct/saluran. Itu saja yang di perlukan dulu. Kalau mau lebih boleh buat lagi lah. Saya di pantai timur Sabah. Di pantai barat, lain orang tapi lagi banyak projek. Aku rasa 2 di Sandakan, tapi kontraktor itu dapat juga di Kota Kinabalu dengan harga serupa.


Kalau lebih rm20,000 perlu buat sebut harga. Di bawah rm20,000 tidak perlu pada masa itu lah. Sekarang lain. Selepas itu, tiada lagi projek jambatan/tressor baru  di Sabah. Semua pakai HDD. Sampai kerajaan tempatan dan JKR pun minta pakai HDD sebab tidak mengganggu projek mereka.


Sebenarnya alat HDD sudah berada di Sabah 2-3 sebelumnya tapi tiada seorang pun mau guna sebab terlalu mahal. Mahir Deras lah, si Toni. Tapi selepas Salleh dan rakan kongsinya beri harga murah, terpaksa dia beri harga semurah itu, tapi dengan syarat banyak projek lah, baru kos peralatan nya boleh bayar balik.


Walaupun HDD ini sebenarnya lebih mahal, tapi cepat dan kemas. Mati sudah tressor.


Begitu juga dengan projek kejuruteraan lain, seperti jalanraya dan terowong. Kalau satu satu buat, memang lah mahal. Tapi, kalau buat banyak banyak sekali, boleh jimat kos dengan banyak. Daripada rm100,000 satu HDD menjadi Rm10,000. 10 kali ganda kurang.

Friday, August 30, 2024

Perubahan Perlembagaan Bukti Perlanggaran Perjanjian Malaysia

 Rupanya Kerajaan Persekutuan tidak perlu belanja satu sen untuk Grant untuk Sabah. Yang perlu ialah belanja di Sabah.


Konon Kerajaan Persekutuan tidak mampu, tapi syaratnya ialah mesti ada assessor yang bukan dari kerajaan negeri atau persekutuan. Satu pun tiada kan.


Jadi, 2-2 bersalah. Rakyat Sabah, sebagai benefisiari, berhak mendapat pampasan dari kedua dua kerajaan ini.


Saya kata tidak perlu bayar satu sen pun kepada Sabah, cuma belanja kepada Malaysia. Sabah bukan Malaysia kah, sampai tidak mampu belanja di Malaysia?


Punca perubahan perlembagaan ini ada lah dari pendirian kerajaan Malays dan rakyatnya bahawa Sabah bukan Malaysia. Memang tidak logik atau masuk akal dan terlalu bodoh.


Tetapi inilah kenyataan. Tidak perlu betulkan, cuma minta ganti rugi. Tapi gantirugi yang tidak memerlukan satu sen pun untuk Sabah, cuma Malaysia. Anggap Sabah sebagai Malaysia, belanja lah di Sabah. Apa beza belanja di Kedah dengan di Sabah? Dua dua juga Malaysia. Kenapa mampu belanja di Kedah tapi tidak mampu di Sabah? Jadi tidak ada alasan lagi tidak mahu belanja di Sabah, untuk Malaysia.


Tidak perlu banyak pun sampai bengrap kerajaan Malaysia. Belanja di Sabah rm2 seorang, tapi di Malaya cuma rm1 seorang.


Atau kurangkan 80 sen untuk Malaya, rm1.60 untuk Sabah. Daripada 300 billion Rm, Sabah cuma dapat 15 billion. Untuk mendapat rm1.60 perlu di naikkan kepada rm60 billion sampai setiap tahun sampai semua hutang perjanjian Malaysia selesai atau tahap kemiskinan Sabah kembali kepada semasa Sabah masuk Malaysia, iaitu kedua terendah di Malaysia.


Saya pasti, kalau rm60 billion untuk 2024 di belanja di Sabah, sudah pasti tidak perlu lagi beri Grant kepada kerajaan negeri. Tetapi syaratnya, semua mesti di buat oleh assessor yang saya dan pakar lain iktiraf, bukan kerajaan negeri atau persekutuan.


Assessor ini mesti buat setiap tahun, tidak semestinya setiap 5 tahun.


Bukti kita semua sudah ada di dalam perlembagaan lagi.


Saya akan isytiharkan diri ku seorang pakai dalam pelaburan sebab saya seorang PEPC dan berpengalaman dengan merancang projek projek. Oleh sebab Sabah ada lah pengeluar minyak, kelapa sawit, kayu balak terbesar di Malaysia sehingga lebih 2 kali ganda, pelaburan di Sabah sudah pasti memberi pulangan terbesar berdasarkan pengalaman dan kiraan saya di banding dengan negeri lain.


Kalau jalanraya di Sabah baik, kos dan efisiensi industri kayu balak, minyak sawit dan gas akan bertambah. Di tambah lagi dengan pelaburan  elektrik dan air.Semua laporan pakar yang mengatakan bahawa tidak ekonomik melabur di Sabah ada lah bohong dan bodoh, dan tidak mengikut lunas fakta yang betul. Sebab melanggar prinsip yang utama. Pelaburan mesti di tempat yang sudah menghasilkan keluaran yang terbanyak.


Kita perlu tambah bukti lagi. Kenyataan seorang pakar tidak cukup. Kita perlu bukti yang pelaburan di Malaya di buat dengan kiraan palsu, walaupun akhir nya betul juga. Memang pun. Fakta sekarang selalunya underestimate future revenue, terutama sekali di negara membangun.


Kita juga perlu bukti yang Malaya tidak pernah anggap Sabah sebagai Malaysia, bukan saja di dalam perlembagaan saja, tapi dari perbualan harian.


Aku masukkan bukti aku bahawa Dr. Razali Harun, walaupun berpuluh tahun di Sabah, isteri orang Sabah, masih menganggap bahawa Sabah bukan Malaysia, di dalam mesyuarat resmi lagi.  Saya terus tegur dia walaupun dia ada lah ketua terus saya.


Kita perlu banyak lagi bukti dengan mengumpul semua kenyataan di surat khabar. Perbualan kita pun boleh jadi bukti dengan menjadi saksi dengan mengesahkan pernah terjadi insiden walaupun kita sudah lupa.


Seperti insiden di mana rakan rakan rapat saya lagi yang selalu sebut Malaysia, tapi tidak termasuk Sabah. Saya tidak ingat lagi siapa yang cakap atau bila, atau tentang apa. Kalau kita buat Afidavit/surat sumpah dengan membayar rm10 di mahkamah, lagi kuat bukti.


https://sabahcolonised.blogspot.com/2022/12/invalid-amendment-and-review-of.html

Introduction

This blogspot is filled with Adsense links. These google advertising links can be useful but their uses are strictly governed. I earn cash if any of you click these links but if I or my close acquaintances click them, google is very harsh in permanently banning me. Please do not click these adverts unnecessarily.

Learn how to earn money by clicking the button below: